Sekilas Sejarah Maghribi dan Spain

10/11/2017
Tour & Gudie Maroko. Bercuti sepuluh hari lapan malam ke Maghribi dan Sepanyol awal September lalu bersama 20 ahli rombongan meninggalkan kenangan indah.
Dua buah negara yang mempunyai pertalian sejarah sejak dahulu dapat memberi gambaran tentang lakaran sejarah Islam boleh dilihat bukti hingga kini.

Kota Fes Maghribi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Doha memakan masa tujuh jam dan transit dua jam. Kemudian penerbangan ke Casablanca, Maghribi tujuh setengah jam.

Casablanca menghadap Lautan Atlantik merupakan bandar terbesar di Maghribi dan nadi ekonomi negara. Pemandangan indah tepi laut membuatkan Casablanca menjadi tarikan pelancong selain Marakesh. Pemandangan indah berlatar belakang Laut Atlantik biru ditambah tiupan angin menjadi daya tarikan Casablanca. Walaupun tidak banyak bangunan pencakar langit, keindahannya diserlahkan dengan reka bentuk bangunan lama dan ikonik budaya Sepanyol, Portugal dan Islam.

Maghribi beriklim Mediterrenean adalah negara Islam, pernah melebarkan sayap ke Sepanyol. Selain didominasi masyarakat Islam, Maghribi didiami penduduk Kristian dan Yahudi.
Di Maghribi, selain Casablanca, kami ke Meknes, Rabat, Fez dan Tangier. Lima bandar ini banyak meninggalkan kenangan manis.

Casablanca membawa maksud ‘rumah warna putih’ dalam bahasa Berber, bangsa pertama menakluki Maghribi kini didiami hampir tiga juta orang.
Tempat pertama dilawati di Casablanca ialah masjid King Hassan II. Masjid tersergam indah di tepi laut dibina menggunakan batu mamar merupakan masjid terbesar, boleh memuatkan 25,000 jemaah di dalam dan 80,000 jemaah di luar masjid dan perbelanjaan membinanya 585 juta Euro, dibina di atas tapak sembilan hektar.

Esok selepas sarapan, kami ke pasar di Casablanca. Hasil laut dari Lautan Atlantik menjadikan Maghribi syurga makanan laut.
Dari Casablanca, kami ke Meknes sejauh 233 kilometer dan tempat pertama kami singgah ialah tempat membuat tembikar.

Kemudian kami ke Roman Volubilis, peninggalan kota Roman di Meknes. Kota peninggalan zaman Roman terletak di atas bukit terdedah kepada cahaya matahari dan langit menjadikannya amat panas.

Dari Meknes kami ke Rabat sejauh 152 kilometer. Setelah sarapan, kami melawat sekitar Rabat - ibu negara Maghribi didiami 1.3 juta penduduk. Bandar terletak di muara sungai Bou Regreg dan Sungai Sale merupakan pusat tekstil, pelancongan, pembuatan dan makanan. Rabat bandar pelabuhan popular di Maghribi tempat bersemayam keluarga Diraja Maghribi.

Antara tempat menarik boleh dilawati Istana Rabat, Makam Mohamed V, Menara Hassan dan Kasbah Udayas.
Destinasi seterusnya Bandar Fez di utara Maghribi. Fez bandar kedua terbesar di Maghribi dan terbahagi kepada dua bandar lama, Medina dan Fesel Bali. Medina bandar lama terbesar dunia masih wujud sehingga kini. Medina merupakan bandar laluan jalan kaki dan zon bebas kereta dan kenderaan bermotor.

Kami singgah di Tanners Quarter, tempat memproses kulit kambing, unta dan lembu untuk dijadikan barangan kulit.
Kami ke kedai menjual minyak argan yang popular di Maghribi. Kami singgah di kedai menjual kurma, manisan dan kekacang.

Tangier merupakan destinasi seterusnya, bandar berhadapan Selat Gibraltar, wujud sejak abad ke-5 Sebelum Masehi, terkenal sebagai bandar pelabuhan dan tempat sejarah. Antaranya gua di mana Hercules bertapa terletak tidak jauh dari Tangier.
Di Tangier kami bermalam di hotel tidak jauh dari jeti menghubungkan benua Afrika (Maghribi) dan Eropah (Sepanyol). Feri dari Tangier ke Tarifa, Sepanyol mengambil masa sejam menyeberangi Selat Gilbraltar, pertemuan Laut Mediterrenean dan Lautan Altantik.

Panorama
Tiba di Tarifa, pelabuhan feri penumpang, kami menaiki bas. Sepanyol terletak di benua Eropah paling selatan beriklim Mediterranean.
Negara dua musim, panas dan sejuk ini saya jelajahi bermula dari Tarifa di selatan Sepanyol. Tarifa - kota lama di Sepanyol masih terdapat kubu dan kota lama dibina di pinggir bukit hadapan pelabuhan Tarifa.

Tarifa dinamakan sempena pahlawan Islam Tarif Malik pada tahun 710 yang menentang kerajaan Roman menguasai wilayah Eropah.
Dari Tarifa, kami ke Granada. Perjalanan berbukit memberikan panorama menarik.
Dalam perjalanan ke Granada, kami singgah di kawasan bandar berbukit, Malaga. Di situ terdapat kedai cenderamata serta restoran.

Kami teruskan perjalanan dan singgah solat di masjid di Mezquita De Fuengirola. Masjid besar di bandar Malaga dibina kerajaan Arab Saudi pada tahun 1983.
Perjalanan dari Malaga ke Granada mengambil masa dua jam. Kerana musim panas, waktu siang agak panjang. Granada sebuah bandar di tepi bukit, aman dan sunyi dipenuhi kediaman banglo di lereng bukit.

Esok setelah sarapan, kami melawat sekitar Granada sebelum ke Seville.
Alhambra - lokasi bersejarah umat Islam dan pusat pelancongan penting di Sepanyol. Istana lama diperbuat daripada batu bata merah di atas bukit dikelilingi taman. Setiap hari Alhambra menerima 100,000 pelancong.

Istana lama ini siap dibina tahun 1391 sewaktu zaman Sultan Granada, Muhammed V. Nama Alhambra sempena warna merah batu-bata binaan istana.
Perjalanan ke Seville mengambil masa dua jam. Seville bandar terpanas di benua Eropah pernah mencatat suhu 42 darjah Celsius. Bandar keempat terbesar di Sepanyol wujud sejak 2,200 tahun.

Bandar ini pernah ditakluk bangsa Moorish dari Maghribi dan bertapak kerajaan Islam di Sepanyol pada 712. Gereja St.Mary See Cathedral dibina pada 1401 menjadi mercu tanda Seville, asalnya masjid dan terdapat dua menara masjid dengan kesenian ukiran peninggalan bangsa Moor.

Kesan peninggalan Islam dapat dilihat di beberapa bandar di Sepanyol. Sepanjang di Seville, kami melawat Plaza de Espana, Giralda Tower, Royal Alcazar, Santa Crus Quanter dan Seville Cathedral.
Di Seville kami ke bandar Santa Crus Quanter, bandar lama didominasi Yahudi. Setelah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol, Ferdinand III menjadikannya penempatan Yahudi.
Setelah Seville, kami ke Cardoba memakan masa dua jam menaiki bas. Tiba di Cardoba kami ke peninggalan Islam bersejarah di Sepanyol, Great Mousque of Cardoba atau Mezquita. Cardoba ditakluk kerajaan Islam pada abad ke-8, dan dipilih menjadi ibu negara Kesatuan Islam.

Pada tahun 1236, Kristian menakluki semula Cardoba dan kesan sejarah dapat dilihat ialah Mezquita. Sebuah kota dibina tembok hadapan sungai dahulunya masjid besar. Di dalamnya reka bentuk menyerupai tiang di Masjid Nabawi, Madinah.
Ahli sejarah mengatakan bangunan itu dahulunya dibahagi kepada dua bahagian, masjid dan gereja. Kini hanya penganut Kristian dibenarkan masuk.

Perjalanan diteruskan ke Madrid. Separuh perjalanan, bas berhenti di kawasan rehat lebuh raya dikelilingi ladang zaitun.

Dua hari di Madrid, kami melawat istana Madrid, Stadium Santiaga Bernabeu, Real Madrid CF, Prado Museum, Puertadel Sol, Neptune Fountain dan Plaza de la Cilabes.
Cuaca Madrid tidak sepanas bandar lain. Kesibukan Madrid tidak jauh beza dengan London dan Paris.(utusan/wisatamaroko).


Note: Jika anda merupakan wisatawan, rombongan wisata, jamaah Umroh plus Maroko, wisata Maroko, Travelling, atau rombongan dosen yang membutuhkan guide/tour leader berbahasa melayu selama di Morocco, silahkan kirim pesan langsung kepada kami, atau kontak kami di: 


  • Adress: Amrechich C M Nord Blog 70 NR 9 Marrakech, Maroko.
  • Email: sukmahadiadi@yahoo.com
  • Telepon: +212656865703
  • Whatsapp: +212616666339
Sekedar informasi, bahwa warga negara Indonesia mendapatkan free visa selama 3 bulan kunjungan di Maroko.




Share this

"Wisata Maroko - Travel & Guide bagi wisatawan Indonesia yang berkunjung ke Maroko"

Nikmati wisata anda selama  di Maroko dengan jasa bimbingan wisata kami. Wisata Maroko - Travel & Guide adalah mahasiswa Indonesia di Maroko yang menguasai bahasa Arab resmi dan dialek lokal penduduk Maroko; Darijah. sejarah dan wawasan obyek wisata di Maroko.

Related Posts

Previous
Next Post »